Friday, 19 July 2013

oh july...

Ramadhan ke-10... alhamdulillah..masih bernafas dan diberi peluang untuk memperbaiki diri dan bertaubat...

1st July 2013...perubahan dalam kerjaya, melapor diri di tempat kerja baharu, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri...sungguh, diri ini tidak pernah menyangka dan tidak pernah mengimpikan untuk bertukar tempat kerja setelah 5 tahun di Kuching.

Perubahan yang amat besar namun, diri ini bersyukur kerana berdekatan keluarga tersayang.

Walaupun begitu, hati ini merasa sedih untuk meninggalkan bandar kuching yang kian sebati dalam diri dan sedih untuk meninggalkan rakan-rakan disana...

Now, 19 July 2013...diri ini masih mencuba untuk terus menyesuaikan diri dengan tempat baru...dan dengan rakan-rakan sepejabat yang baru dikenali...

Ya ALLAH, berikanlah daku kekuatan dan ketabahan hati agar aku mampu menjadi salah seorang daie yang baik...permudahkan setiap urusan ku Ya ALLAH...

Ameen Ya Rabb...~

 
 

No comments:

Post a Comment