Kisah cinta perlukan masa.. dan jarak itu
bukan menghukum, tetapi memberi ruang untuk rindu mengisi waktu. Kelak
pada masanya, Allah akan temukan.. insyaALLAH.. CINTA PERLU KEYAKINAN.
Aku YAKIN.
Jujurnya, aku punya kisah sedih, gembira, harapan
dan impian.. Tentang sebuah coretan bukan karangan penulis, tetapi
suratan tertulis.
Aku tulis setiap perkara yang aku lalui,
lihat, dengar dan perhati.. Bukan dalam diari, tetapi di alam maya.
Sengaja aku kongsikan bukan untuk orang
ramai mencintai aku kerana tulisan-tulisan ini, tetapi menghargai
cintanya dan kembali bersemangat menjadi lebih baik, terus melakukan
perkara baik, dan tak pernah lupa kita sebaik-baik penciptaan untuk
ibadah kepada-Nya.
Nokhtah.
*Usah letak tanda soal dimana Allah SWT sudah letakkan tanda nokhtah.
Nokhtah.
Awakkk.. Saya tahu awak akan baca tulisan ini, bukan sekarang masanya
untuk kita, tetapi tenanglah, damailah, ada sesuatu telah tertulis yang
sebaiknya untuk kita.
Banyak hal yang saya tak faham, dan
banyak perkara juga wanita cipta alasan untuk sembunyikan kenyataan,
mungkin juga untuk menjaga perasaan..
Kita jaga hati ini, kita
baiki diri ini, bukan jadi pencinta, tetapi jadi murabbi pada daerah
hati sendiri. Agar bila kita jatuh, kita sendiri bangun, bila kita
sedih, kita sendiri mampu tersenyum..
Sentiasa mendoakan awak,
menyimpan perasaan untuk awak, menyediakan diri, mempersiapkan diri, dan
sentiasa yakin.. Ada masa paling tepat untuk kita. Entahkan bila,
tetapi saya cuma yakin. Sebelum itu.. Saya 'stalker' setia awak.
No comments:
Post a Comment