Kata Pakar Cinta =)
" Untuk pertunangan yang ‘simple’ bagi
PakarCinta cukuplah hantaran sedikit sekadar memenuhi adat, cincin dan
pakaian untuk dipakai pada hari indah itu. Tak perlulah pelamin-pelamin
ini. Tapi, kalau ada ‘budjet’ lebih boleh sahaja.
Tetapi, tak boleh tau bergambar bersama
dengan tunang berdua-duaan pada hari tersebut. Tetapi ingat, buatlah
sekadar ala kadar sahaja, jangan sesekali ada niat untuk
menunjuk-nunjuk.
Rahsiakan pertunangan, hebohkan perkahwinan. InsyaAllah. "
- Pakaian perkahwinan
Bagi seorang wanita, memang naluri kita
untuk kelihatan menarik dan cantik bukan? Lebih-lebih lagi di hari
istimewa. Boleh untuk berhias tetapi biarlah ‘simple’ sahaja. Tak perlu
mengupah jurumekap, berhiaslah sekadar yang patut. Pakaian yang dipakai
perlu sopan dan menutup aurat. Tak perlu mahal-mahal. InsyaAllah.
- Hantaran
Tentukan berapa kuantiti hantaran.
Biasanya pihak lelaki 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan.
Sekadar alar kadar sahaja. Kalau boleh berbincanglah, buat jimat sahaja.
- Cincin
Boleh beli sama-sama, mudah untuk kita
sendiri mengukur jari kita, memilih citarasa kita. Tetapi, ingat,
haruslah ada orang ketiga yang menemani okey? Mak ke, ayah ke, nenek ke,
adik ke, abang ke, kakak ke, heee. Tapi kalau si dia nak ‘surprisekan’
kita pun boleh juga.
- Photography
Ni PakarCinta rasa tak perlu kot. Tak
perlu tempah photographer, cukuplah gambar-gambar dirakam oleh sanak
keluarga saja. Biarlah hanya menjadi tatapan rahsia keluarga kita dan si
dia. Tak perlu untuk ‘upload’ gambar-gambar pertunangan di facebook.
No comments:
Post a Comment