Perkahwinan mengikut istilah adalah penyatuan atau percampuran. Menurut
istilah syara’ pula, perkahwinan adalah ijab dan qabul yang menghalalkan
persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang di ucapkan oleh kata-kata
yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang di tetapkan Islam [1].
.
Budget Kahwin - Perkara yang boleh di anggap
penting. Pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan perlu menyediakan
budget kahwin yang mencukupi. Budget kahwin ni termasuklah semua
perkara, dari segi hantaran, persalinan, jurusolek, jurugambar, makan,
cenderahati kepada tetamu dan lain-lain perkara yang termasuk dalam
budget perkahwinan. Lebih penting, perlu juga memastikan ada baki dalam
akaun simpanan, takut nanti lepas kahwin, kena puasa berbulan-bulan.
.
Rancang tarikh - Penting untuk memilih tarikh bagi
merisik, bertunang, bernikah dan berkahwin (pihak perempuan) dan majlis
menyambut tetamu (pihak lelaki). Pemilihan tarikh yang sesuai amat
penting supaya majlis yang akan berlangsung juga akan menjadi lebih
meriah.
.
Kursus Kahwin - Kahwin pun kena pergi kursus. Jangan
pula nanti main redah je. Ok, sila pastikan diri telah menghadiri
kursus kahwin, yang melayakkan kita kahwin. Kursus macam ni, ada yang
liat nak hadiri juga?
.
Perbincangan - Perbincangan ni termasuklah
persediaan untuk konsep perkahwinan, adat perkahwinan, menentukan
perbelanjaan, kad jemputan, dan juga tempat berbulan madu. Hahah, ini
pun masuk dalam persediaan perkahwinan ke? Entahlah, ye kot, senang nak
merancang kan.. Jadi, lakukan perbincangan dan sebaik-baiknya di
persetujui kedua-dua belah pihak.
.
Pengantin - Nak kahwin, mesti lah ada pasangan
pengantin kan? Jadi, mungkin ini perkara utama yang perlu di sediakan
dalam persediaan perkahwinan. Kalau boleh biarlah pasangan suka sama
suka, jangan pula masih ada kahwin paksa-rela, ei ni kahwin betul-betul
la, bukan cubaan!
No comments:
Post a Comment