Tuesday, 26 February 2013

" Andai Diri mu Tercipta Untuk ku "



Bismillahirrahmanirrahim..

Aku berharap...
Jika nanti Allah mempertemukan kita.
Kau akan selalu membimbingku,,
Agar aku menjadi Isteri Solehah.
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga.
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat.

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anak-anak ku..
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak-anak  kita,
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat.
Iaitu anak yang soleh dan solehah..
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah..

Andai engkau ditakdirkan untukku..
Kuharap kau boleh menjadi imam buatku dan anak-anak..
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita.
Kau boleh mencintai aku apa adanya.
Dan boleh menerima kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan.

Dan andai aku salah,,
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan.
Andai aku marah,,
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu..
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan..

Andai aku lupa..
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang..
Agar nanti kau tetap menjadi teladan bagiku dan anak2 kita..

Karena....
Aku hanya mengharapkan dirimu menjadi Imam yang baik dalam rumah tangga kita.
Yang boleh berlalu membawa aku ke jalan yang diredhai_Nya.
Jalan yang menuju syurga_Nya bersama dirimu.

InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment