Tuesday, 26 February 2013

~ Pilihan...Choices~


Pilihan...dan keputusan..semuanya terletak di tangan kita..

Hidup ini adalah pilihan. Dan setiap insan, harus memilih untuk hidup dalam kehidupan. 

Namun, dalam memilih, tidak semua insan itu berjaya meraih tentang apa yang dipilih. 

Tiba-tiba, pilihan tidak selari dengan apa yang dikehendaki.

Antara cinta dan iman, mungkin mudah lidah kita berbicara soal iman. Namun, dari lubuk 

hati kita… kita menginginkan cinta. Hakikatnya, kita berdusta pada diri sendiri. Dan, 

kekadang kita tersepit. Antara keperluan dan kehendak diri, kita keliru. Di akhirnya pula, 

kita dihantui kebuntuan.

Kelabu.

Kelam..

Keliru...

Sukar memilih dan menbuat keputusan...

CINTA? setiap orang pasti inginkan CINTA yang tulus..yang hakiki...yang ikhlas...dan 

paling penting, CINTA HIGH CLASS... 

Bagaimana? apakah cara dan langkah untuk mendapatkan CINTA HIGH CLASS itu?

Tepuk dada, tanya lah HATI dan IMAN anda...

CINTA HIGH CLASS:

1)  Mendekatkan diri pada NYA (ALLAH SWT)

2) Melaksanakan segala perintah NYA

3) Meninggalkan larangan NYA

4) Berdoa agar dipertemukan jodoh dengan insan yang Mencintai NYA

5)  Istiqamah dalam penghijrahan yang dilakukan

6) Mendoakan yang baik-baik dan berfikir yang baik-baik 


Iman tidak dapat diwarisi. Iman juga, tidak boleh dijualbeli. Ia adalah kurniaan daripada Ilahi

 buat insan yang DIA cintai. Namun, iman yang sedang kita nikmati ini, juga boleh berlalu 

pergi. Dan mungkin, tidak lagi kembali.

Adakah dengan memilih iman, kita tidak boleh meraih cinta? Apakah sekiranya kita memilih 

iman, hidup ini kita diselimuti sengsara. Iman itu apa maknanya buat kita?

Hidup ini adalah pilihan. Dalam pilihan, terselitnya ujian. Ujian untuk memilih. Sama ada 

baik atau sebaliknya, kita bakal memilihnya. Jika tersilap memilih, masih ada ruang buat diri 

untuk berbalik pada pangkalnya. Jika pilihan yang dibuat oleh diri itu benar dan tepat, maka

 bersyukurlah pada-Nya dan jangan sesekali kita mengkhianati-Nya.

Tetapi… bagaimana jika keliru?

‘Apakah yang menyebabkan aku meyakini DIA dan kekasih-Nya?’
"Adakah aku akan menemui pilihan yang tepat dan membuat pilihan yang tepat? "
Tanya pada diri.

Namun, istikharah lah anda sebelum membuat sesuatu keputusan..in shaa ALLAH anda
 akan menemui jawapan yang pasti dari NYA...


sumber asal dari: http://akuislam.com/blog
edited by : ana fateenn @ 26 Februari 2013



No comments:

Post a Comment